PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU BERSAMA JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT) IPD KUBANG PASU

jefri 31/08/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU BERSAMA JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT) IPD KUBANG PASU
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Kubang Pasu
Lokasi
Sempadan Ulu Pauh, Jalan Arau – Changlun

Penerangan

Satu OPS Bersepadu telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah bersama dengan JSPT Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Kubang Pasu. Ops telah dijalankan di Sempadan Ulu Pauh, Jalan Arau - Changlun. Operasi yang dijalankan adalah bagi tujuan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terutamanya Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel) 1996. Ops Bersepadu ini telah disertai oleh satu (1) pegawai dan sepuluh(10) anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah. Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Binti Syed Sahab berkata sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 111 kenderaan diesel telah pon ditahan utk pemeriksaan. Beliau memaklumkan bahawa sebanyak 7 kompaun yang berjumlah RM 14,000 telah dikeluarkan di bawah Per 11 (1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan 8 Notis Arahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana para pemilik kenderaan dikehendaki untuk hadir menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM setelah tindakan pembaikkan terhadap kenderaan telah dilakukan. Puan Sharifah mewakili JAS Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi terlibat atas kerjasama dalam menjayakan operasi ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini. Beliau turut berkata bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. #NRES #jabatanalamsekitar #jaskedah #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan