PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

BENGKEL PROMOSI SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR SESI 2025/2026 DAERAH PONTIAN

nasir.ibrahim 31/08/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PROMOSI SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR SESI 2025/2026 DAERAH PONTIAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
PONTIAN
Diskripsi
27 Ogos 2025, PONTIAN – Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta Pejabat Pendidikan Daerah Pontian telah menganjurkan Bengkel Promosi Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar Sesi 2025/2026. Penganjuran bengkel ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para guru mengenai konsep Sekolah Lestari, kaedah pelaksanaannya, serta memperkukuh kefahaman warga sekolah tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar melalui pendidikan dan amalan pengurusan hijau. Antara yang hadir memeriahkan program ini ialah Puan Mazrita binti Masnon, Ketua Penolong Pengarah; Tuan Shahrulizan bin Zainal Abidin, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Pontian; serta Tuan Saipul Yazan bin Ramthan, wakil Sekolah Kebangsaan Seri Anom selaku tuan rumah bengkel. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan serta menjayakan program ini. Semoga usaha bersama ini dapat diteruskan demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan bumi untuk generasi akan datang.