PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

PROGRAM KOMUNITI LESTARI SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2025.

shayuti 31/08/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KOMUNITI LESTARI SEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2025.

Penerangan

24 Ogos 2025- Sempena Hari Ozon Sedunia, Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan dengan kerjasama JPKK Kg. Patau-Patau 1, Rakan Alam Sekitar W.P. Labuan, Rukun Tetangga, COMBI dan Kelab Belia PP1 telah menganjurkan Program Komuniti Lestari. Program telah dirasmikan oleh Tuan Mejar (Bersekutu) Zulfadzli Bin Zakaria, B.C.K., MY-CISEC, Pengarah JASWPL. Turut hadir adalah para pegawai JASWPL dan beberapa agensi kerajaan. Program ini bertujuan menggalakkan penglibatan secara aktif komuniti dalam pemeliharaan alam sekitar melalui aktiviti seperti gotong-royong, kitar semula, penanaman pokok dan pembersihan kawasan. Ia juga berperanan dalam membentuk sikap tanggungjawab serta menanam nilai cinta dan prihatin terhadap kelestarian alam sekitar. Melalui inisiatif ini, masyarakat didorong untuk lebih peka terhadap kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem. Program ini diharapkan dapat melahirkan komuniti yang lebih bertanggungjawab, prihatin serta mewujudkan persekitaran yang bersih, hijau dan lestari. JASWPL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak JPKK Kg Patau-Patau, WPL dan rakan kerjasama di atas aktiviti/program yang bermanfaat ini. Semoga usaha murni ini diberkati-Nya demi kelestarian alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Ogos_2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan