Penerangan
18 Ogos 2025, Rembia, Melaka - Jabatan Alam Sekitar Melaka telah mengambil bahagian dalam reruai mesra sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Rembia, Melaka pada 16 Ogos 2025 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Acara reruai mesra dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat berkait dengan kelestarian & penjagaan alam sekitar, isu-isu semasa termasuk aduan atau maklumbalas daripada penduduk sekitar. Program pendaftaran Rakan Alam Sekitar juga dijalankan semasa acara ini berlangsung. Selain itu poster larangan pembakaran terbuka dan pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (household e-waste) diberikan kepada orang awam serta agensi yang terlibat.
#JabatanAlamSekitar
#JasMelaka
#alamsekitartanggungjawabbersama
#KementerianSumberAsliDanKelestarian