Penerangan
25 OGOS 2025, KULAI, JOHOR - Ketua Pengarah NFCC, Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil bersama delegasi Pegawai-Pegawai NFCC membuat lawatan ke sebuah premis yang telah diserbu dalam Ops Hazard 1.0 di kawasan Seelong, Kulai.
Pengarah JAS Negeri Johor, Dr. Mohd Famey bin Yusoff turutserta hadir dalam lawatan tersebut. Beliau telah memberi penerangan berkaitan kewujudan premis haram dan pengoperasian kilang e-Waste serta tindakan penguatkuasaan yang telah dan sedang diambil.
Turut hadir sama, Timbalan Pengarah Operasi 1 JAS Johor, Mohd Rashdan bin Topa, Timbalan Pengarah Operasi 2 JAS Johor, Mohd Amin bin Ghazali dan Pegawai-Pegawai JAS Johor serta Pegawai RELA.