PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

SESI PERBINCANGAN KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN PEMBINAAN JAMBATAN LABUAN-SABAH

tj 27/08/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI PERBINCANGAN KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN PEMBINAAN JAMBATAN LABUAN-SABAH
Tahun
2025
Organisasi
Kementerian Kerja Raya
Lokasi
Online

Penerangan

Tarikh: 18 Ogos 2025 (Isnin) Masa: 3.00 - 4.00 petang Tempat: Online Kehadiran JAS Sabah: KPP AHM, PP(K) FM & PP ZFS Ringkasan Sesi Perbincangan: 1) Pihak Mtransport Sdn. Bhd., selaku perunding yang dilantik bagi melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Jambatan Labuan – Sabah di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) telah menjemput JAS Sabah untuk mengadakan satu sesi libat urus atau perbincangan bagi mendapatkan maklumat berkaitan komponen alam sekitar di kawasan kajian. 2) Berdasarkan cadangan lokasi quality baseline yang dibentangkan, Wakil JAS Sabah telah memberi komen mengenai keperluan meletakkan sempadan Sabah dan Labuan pada peta lokasi baseline tersebut. Wakil JAS Sabah juga mencadangkan agar pihak perunding merujuk Sabah Structure Plan 2033 dan Shore Management Plan kerana projek melibatkan pembinaan di pesisiran pantai. 3) Aktiviti yang dicadangkan adalah Aktiviti Yang Ditetapkan iaitu tertakluk untuk mengemukakan laporan EIA (diproses oleh JAS HQ memandangkan projek melibatkan 2 negeri) serta EIA di bawah bidang kuasa JPAS. Oleh itu, wakil JAS Sabah mengesyorkan agar Sesi libat urus Bersama JPAS juga perlu diadakan oleh pihak perunding.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan