Penerangan
24 OGOS 2024, PENGERANG – Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menganjurkan Program Jelajah Jangan Bakor Ek Daerah Kota Tinggi di sekitar Laman Selera Sungai Rengit dan Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai. Turut hadir Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor yang juga ADUN Tanjung Surat dan diiringi oleh Yang Berusaha Dr. Mohd Famey bin Yusoff Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor serta timbalan-timbalan pengarah JAS Johor.
Program Jelajah Jangan Bakor Ek ini merupakan jelajah yang diadakan di bawah Program Pencegahan dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Serta Kawasan Lain Berisiko Kebakaran Untuk Mengatasi Jerebu sebagai satu platform sebaran maklumat kepada masyarakat. Program jelajah ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan, hebahan dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pencegahan dan kawalan pembakaran terbuka.
Antara aktiviti yang diadakan dalam Program Jelajah Jangan Bakor Ek ini iaitu Pengisian Tazkirah Semarak Subuh, Fun Walk, Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH) dan Pertandingan Mewarna Kanak- Kanak yang bertemakan Hindari Pembakaran Terbuka.
Jabatan ini berharap program yang diadakan dapat mencapai matlamatnya untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pencegahan pembakaran terbuka di kawasan yang berisiko yang mana sekiranya berlaku boleh memberi kesan kesihatan dan menjejaskan ekonomi masyarakat.