Penerangan
21 OGOS 2025, SUNGAI TIRAM, JOHOR - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (Unit JB Timur) telah menjalankan siasatan ke atas premis berasaskan logam di Kawasan Perindustrian Sungai Tiram, Johor Bahru.
Semasa siasatan dijalankan, pasukan penguatkuasa telah mengenalpasti premis ini tidak mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
Tindakan tegas Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) telah dibuat di bawah Seksyen 38 (1)(a), Akta 127 bagi premis mengambil langkah kawalan & mitigasi serta-merta.
'ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA'