W.P. LABUAN, 19 Ogos 2025 - Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menjalankan siasatan ke atas satu aduan awam mengenai kes tumpahan minyak di atas tanah di kawasan perindustrian jalan patau-patau.
Hasil siasatan mendapati satu kawasan yang dicemari dengan beberapa tompokan hitam dipercayai minyak enjin terpakai hasil daripada kerja-kerja meleraikan jentera lama yang ingin dilupuskan. Sampel rasmi tumpahan minyak juga telah diambil untuk siasatan lanjut.
Notis Arahan dan Arahan Lapangan telah diberikan kepada pelaku untuk membersihkan serta-merta tumpahan minyak tersebut dan memberi laporan lengkap berkenaan kerja-kerja pembersihan.
Kesalahan mencemar tanah-tanih boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 24, AKAS, 1974 dan sekiranya sabit kesalahan seseorang itu boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit (RM50,000.00) dan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit (RM500,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit (RM 1,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan selepas satu notis diserahkan atau boleh dikenakan kompaun dengan satu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus (50%) daripada denda maksimum.
Orang ramai juga boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_Ogos_2025