Penerangan
21 Ogos 2025 - Pasukan Penguatkuasa JAS W. P. Labuan telah menjalankan pemeriksaan ke atas loji-loji kumbahan di sekitar W.P Labuan bagi memastikan pematuhan berterusan kepada AKAS, 1974.
Arahan di lapangan telah dikeluarkan kepada premis bagi mengambil tindakan mematuhi kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009, AKAS, 1974.
JAS W. P. Labuan sentiasa komited dalam menjalankan penguatkuasaan terhadap premis-premis yang tertakluk di bawah AKAS, 1974.
Semua pemilik loji yang tertakluk diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak AKAS, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
#NRES
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#JabatanAlamSekitarWPLabuan
#jaswpl_ogos_2025