PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

BENGKEL DRON JAS - APM

suresh 27/08/2025 5 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL DRON JAS - APM
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar
Lokasi
Pusat Latihan APM Wilayah Timur Pahang

Penerangan

Bengkel Pemantapan Pengendalian Dron anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah diadakan di Pusat Latihan Pertahanan Awam Malaysia (Wilayah Timur), Jengka, Pahang pada 28–30 Julai 2025. Bengkel ini bertujuan memperkukuh keupayaan pemantauan pencemaran alam sekitar menggunakan dron, meningkatkan kemahiran pengendalian sensor pintar bagi misi penguatkuasaan dan kecemasan, serta membangunkan strategi operasi bersepadu antara JAS dan APM. Peserta mengikuti sesi berkaitan keperluan perundangan, prosedur operasi standard, latihan teknikal, simulasi misi, serta perbincangan penyelarasan taktikal dan peranan agensi. Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengarah JAS Pahang, Tuan Zakaria bin Ahmad@Mohd, dengan penyampaian sijil kepada 31 peserta dan 10 jurulatih APM. JAS merakamkan penghargaan kepada APM atas kerjasama strategik yang memperkukuh kesiapsiagaan dan respons terhadap insiden pencemaran.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan