PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Penguatkuasaan

LAWATAN VERIFIKASI DAN PEMATUHAN PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (UDARA BERSIH) 2014 DI PETRONAS CHEMICALS DERIVATIVES SDN BHD

sofea 27/08/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN VERIFIKASI DAN PEMATUHAN PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (UDARA BERSIH) 2014 DI PETRONAS CHEMICALS DERIVATIVES SDN BHD
Tahun
2025
Organisasi
BAHAGIAN UDARA
Lokasi
TERENGGANU

Penerangan

20 Ogos 2025, Kertih – Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar (JAS) & JAS Cawangan Kemaman telah melaksanakan lawatan verifikasi di Petronas Chemicals Derivatives Sdn. Bhd. bagi tujuan penilaian pemprosesan permohonan Lesen Pelanggaran di bawah Seksyen 22(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Verifikasi ini bertujuan memastikan tahap pematuhan industri terhadap piawaian pelepasan udara yang ditetapkan, di samping memperkukuh mekanisme penguatkuasaan berasaskan pendekatan bersepadu. Langkah ini sejajar dengan mandat JAS dalam memastikan keberkesanan kawalan pencemaran udara dan peningkatan tahap perlindungan alam sekitar secara berterusan. JAS menyeru pihak industri untuk terus bekerjasama dalam memastikan pematuhan undang-undang alam sekitar, demi kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan