PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Penguatkuasaan

SESI LAWATAN VERIFIKASI CONTINOUS EMISSION MONITORING SYSTEM DAN PREDICTIVE EMISSION MONITORING SYSTEM DI PETRONAS GAS PROCESSING KERTIH

sofea 27/08/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LAWATAN VERIFIKASI CONTINOUS EMISSION MONITORING SYSTEM DAN PREDICTIVE EMISSION MONITORING SYSTEM DI PETRONAS GAS PROCESSING KERTIH
Tahun
2025
Organisasi
BAHAGIAN UDARA
Lokasi
TERENGGANU

Penerangan

19 Ogos, Kertih - Satu lawatan verifikasi Continous Emission Monitoring System (CEMS) dan Predictive Emission Monitoring System (PEMS) telah diadakan oleh Jabatan Alam Sekitar di Petronas Gas Processing Kertih pada 19 Ogos 2025. Lawatan yang diketuai oleh YBrs. Puan Nor Aziah binti Jaafar, Pengarah Bahagian Udara JAS Ibu Pejabat turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Udara, Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Teknologi Maklumat, JAS Terengganu dan JAS Cawangan Kemaman. Pihak Petronas pula diketuai oleh YBrs. Encik Harmaini bin Yahaya, Pengurus Besar Petronas Gas Processing Kertih. Objektif lawatan ini adalah untuk menilai tahap keberkesanan, ketepatan, dan kebolehpercayaan sistem pemantauan pelepasan menggunakan CEMS & PEMS yang dikendalikan di premis Petronas. Lawatan ini merupakan platform penting untuk memperkukuh kerjasama dua hala antara Kerajaan dan industri, khususnya dalam meningkatkan pengetahuan teknikal serta berkongsi pengalaman secara lebih praktikal. Usaha ini bertujuan memastikan kepentingan dan kepuasan rakyat sebagai pemegang taruh utama terus diutamakan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan