Penerangan
20 Ogos 2025, JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menganjurkan Bengkel Promosi Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang.
Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada guru-guru mengenai konsep Sekolah Lestari dan langkah-langkah pelaksanaannya serta meningkatkan kefahaman warga sekolah tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar melalui aktiviti pendidikan dan pengurusan hijau.
Turut hadir dalam program ini Puan Mazrita binti Masnon, Ketua Penolong Pengarah, wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan wakil Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1 sebagai tuan rumah bengkel ini.
Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menjayakan program ini. Marilah kita teruskan usaha dalam melestarikan alam sekitar dan memastikan bumi kita kekal selamat untuk generasi akan datang.