Penerangan
19 OGOS 2025, PASIR GUDANG - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pasir Gudang telah menjalankan rondaan pada waktu malam di sekitar Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Operasi rondaan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pelepasan bahan pencemaran dilakukan oleh pihak industri. Pemeriksaan dijalankan di takat pelepasan akhir efluen premis bagi memantau aktiviti yang mencurigakan atau pelepasan abnormal yang berisiko mencemarkan alam sekitar.
Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.