PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM CERAMAH BERKAITAN HINDARI PLASTIK SEKALI GUNA BERSAMA WARGA SMK KAMUNTING BAKTI

maizah 21/08/2025 6 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM CERAMAH BERKAITAN HINDARI PLASTIK SEKALI GUNA BERSAMA WARGA SMK KAMUNTING BAKTI
Tahun
2025
Organisasi
smk kamunting bakti
Lokasi
kamunting

Penerangan

Kamunting, 20 Ogos 2025 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput oleh SMK Kamunting Bakti bagi menyampaikan ceramah berkaitan kempen hindari plastik sekali guna dengan tajuk ceramah Plastik : Adakah lawan atau kawan. Ceramah telah disampaikan oleh Pegawai Kawalan Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak iaitu Puan Aini Oriza binti Ramli kepada warga sekolah dengan bilangan outreach seramai 400 orang termasuk pelajar, guru dan kakitangan sekolah. Warga sekolah telah didedahkan tentang kesan penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar. Selain itu, kempen larangan pembakaran terbuka juga turut diselitkan di dalam sesi ceramah bagi memberikan kesedaran kepada warga sekolah berkaitan impak pembakaran terbuka. Semoga ceramah ini menjadi medium untuk menyebarkan maklumat-maklumat penting berkaitan penjagaan alam sekitar secara amnya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan