Penerangan
Rondaan telah dijalankan susulan aduan berulang mengenai pembakaran terbuka di kawasan bersebelahan Masjid Taman Bukit Belimbing, Balakong. Hasil siasatan mendapati seorang lelaki sedang berkebun dan terdapat kesan pembakaran yang jelas di lokasi. Individu terbabit mengaku melakukan pembakaran tersebut. Amaran tegas telah diberikan, dan maklumat peribadinya diambil untuk tindakan lanjut oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Kes ini akan dirujuk kepada MPKj untuk tindakan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.
Pemeriksaan seterusnya di Kawasan Perindustrian Kampung Baru Balakong dan Kawasan Perindustrian FIMAS mendapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka atau pencemaran berlaku. Kebanyakan premis tidak beroperasi semasa rondaan dijalankan.
Pemantauan di Kampung Baru Balakong juga menunjukkan keadaan yang baik, tanpa sebarang tanda-tanda pembakaran terbuka atau pencemaran.
Secara keseluruhan, rondaan di kawasan Hulu Langat berjalan lancar dan keadaan adalah terkawal, dengan hanya satu kes pembakaran terbuka dikesan dan telah diambil tindakan sewajarnya.