PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN OMPT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR CAWANGAN SEPANG PADA 13 OGOS 2025

normuhamad 21/08/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN OMPT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR CAWANGAN SEPANG PADA 13 OGOS 2025
Tahun
2025
Organisasi
JAS SELANGOR CAW. SEPANG
Lokasi
SEPANG

Penerangan

13 Ogos 2025 - Rondaan OMPT telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Caw. Sepang di beberapa lokasi di daerah Sepang dan Kuala Langat, termasuk Salak Tinggi, Jalan Nilai Banting, Jalan Labohan Dagang, Jalan Olak Lempit, Kawasan Perindustrian Telok Mengkuang, Kawasan Perindustrian Jalan Waja, Jalan Koko, Jalan Sijangkang Utama, Jalan Kebun Baru, Rimbayu, Bandar Saujana Putra, Cyberjaya, Dengkil dan Kota Warisan. Secara keseluruhan, kebanyakan kawasan berada dalam keadaan baik dan terkawal. Namun, terdapat beberapa isu dikesan di lokasi tertentu. Di Jalan Telok Mengkuang, pasukan rondaan menemui lokasi pembuangan sampah haram yang berpotensi menjadi tapak pembakaran terbuka. Sebagai langkah pencegahan, banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang sebagai amaran kepada penduduk setempat. Di Jalan Koko, satu lagi lokasi baharu pembuangan sampah haram telah dikesan bersama kesan pembakaran terbuka. Banner larangan turut dipasang, dan aduan rasmi berkaitan lokasi ini akan dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) untuk tindakan lanjut. Pemantauan menggunakan dron turut dijalankan di sekitar Jalan Sijangkang Utama. Tiada sebarang kesan asap atau pembakaran terbuka dikesan, dan jarak penglihatan adalah sangat baik. Kawasan yang pernah menerima aduan sebelum ini juga didapati berada dalam keadaan terkawal. Rondaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawalan berterusan terhadap aktiviti pembakaran terbuka dan pencemaran alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan