Penerangan
10 Ogos 2025 - Rondaan dan pemeriksaan telah dijalankan oleh pasukan peronda di beberapa kawasan sekitar Shah Alam Utara, meliputi Seksyen U5 (Bandar Pinggiran Subang), U6 (Taman Perindustrian Sunway Subang), U8 (Perindustrian Bukit Jelutong), U9 (Desa Subang Permai), U19 (Kg Baru Sungai Buluh @ Welfare) dan U20 (Bandar Baru Sungai Buluh, BRP).
Hasil rondaan mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi kerana cuti hujung minggu. Tiada bau mencurigakan dikesan, dan pemantauan visual ke atas cerobong premis menunjukkan tiada pelepasan asap hitam yang boleh menyebabkan pencemaran udara.
Pemeriksaan ke atas sistem saliran seperti sungai dan longkang juga mendapati keadaan terkawal, tanpa sebarang elemen pencemaran atau cecair berwarna yang mencurigakan.
Secara keseluruhan, rondaan di kawasan Shah Alam Utara mendapati keadaan adalah baik dan terkawal, tanpa sebarang insiden pencemaran direkodkan.