PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Perak 2025

maizah 21/08/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Perak 2025
Tahun
2025
Organisasi
jbs perak
Lokasi
jbs perak

Penerangan

Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Perak 2025 09 Ogos 2025, Ipoh - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput sebagai salah satu pempamer dalam Program Fiesta Rakan Muda anjuran Jabatan Belia dan Sukan Perak. Jabatan telah mengadakan pameran berkaitan kitar semula dan Ewaste. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB En. Khairudin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan. Pegawai Kawalan Kanan JAS Perak Puan Aini Oriza Binti Ramli dijemput hadir mewakili Pengarah JAS Perak bagi Majlis Perasmian Penutup Program Fiesta Rakan Muda. Pameran dan hebahan berkaitan Kempen Sifar Plastik, Kempen Pengurusan Ewaste dan Kempen Larangan Pembakaran Terbuka turut diadakan dalam usaha mewujudkan kesedaran pemeliharaan alam sekitar di kalangan generasi muda. "E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara" #NRES #hariozonsedunia2025 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_ogos2025 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan