Penerangan
28 Julai 2025, Ipoh - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak telah menganjurkan Majlis Pelancaran Sekolah Lestari Anugerah Anugerah Alam Sekitar Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang telah dirasmikan oleh YBrs. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Hadir sama adalah Puan Hajah Fadhilah Hawary, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan dan Tuan Rizal Bin Ramli, Timbalan Pengarah (Bahagian Pembangunan) JAS Perak.
Majlis pelancaran ini dihadiri oleh sekolah-sekolah sekitar Ipoh yang terdiri daripada pengetua, guru besar dan guru-guru pembimbing sekolah rendah dan sekolah menengah bagi memberi taklimat penerangan dan halatuju utama Program Sekolah Lestari (SLAAS) yang telah disampaikan oleh Pegawai Kawalan Kanan JAS Perak Puan Aini Oriza Binti Ramli.
Dalam Majlis yang sama, penyerahan barang promosi seperti bunting, tong kitar semula dan beg promosi kepada peserta-peserta Pertandingan Anugerah Masjid Lestari Hab-Kelestarian Alam Sekitar turut berlangsung bagi merancakkan lagi hebahan dan menyokong inisiatif jabatan iaitu Kempen Sifar Plastik, Kempen Pengurusan Ewaste dan Kempen Larangan Pembakaran Terbuka di Negeri Perak.
JAS Perak mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak JPN Perak, pihak sekolah, pihak masjid dan semua pihak yang terlibat dalam usaha mewujudkan kesedaran pemeliharaan alam sekitar di kalangan generasi muda dengan membentuk kolaborasi strategik bagi menjayakan program Sekolah Lestari di Perak.
#NRES
#hariozonsedunia2025
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_julai2025
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari