Penerangan
9 Ogos 2025 - Rondaan telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor di beberapa kawasan terpilih sekitar Serendah, Selangor. Di kawasan Perindustrian Batu 29, beberapa premis didapati beroperasi namun tiada pelepasan efluen atau udara yang mencurigakan dikesan. Tiada premis tanpa kebenaran (PT) ditemui di lokasi ini.
Semasa rondaan di sekitar Taman Perumahan Sungai Choh dan Serendah, beberapa kesan pembakaran terbuka telah dikesan. Tiada individu ditemui di lokasi kejadian, namun amaran secara lisan telah diberikan kepada penduduk yang berada berdekatan.
Pemantauan di Kawasan Perindustrian UMW High Tech pula mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi dan tiada aktiviti mencurigakan direkodkan.
Secara keseluruhannya, tiada pencemaran serius dikesan sepanjang rondaan.