Penerangan
18 OGOS 2025, AYER BEMBAN, KULAI, JOHOR - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah membuat siasatan aduan pencemaran udara diterima daripada Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas kilang pertama yang menjalankan proses "batching premix" di bawah Seksyen 38(1)(a) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil dan diarahkan untuk memberhentikan semua proses sehingga mempunyai lesen sah beroperasi daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas kilang kedua yang menjalankan proses menghasilkan batu bata di bahagian alat pembakaran bahanapi yang tidak mempunyai alat kawalan pencemaran udara di bawah Seksyen 38(1)(a) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil. Premis diarahkan untuk memberhentikan semua proses pengeluaran sehingga alat kawalan pencemaran udara dibina.
Pihak MPKu juga telah mengambil tindakan dibawah kuasanya keatas kedua-dua premis.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.