PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Pengurusan JAS

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH ALAM SEKITAR KE JAS W.P. LABUAN

shayuti 21/08/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH ALAM SEKITAR KE JAS W.P. LABUAN
Tahun
2025
Lokasi
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Penerangan

7 Ogos 2025, WPL - YBhg. Dato' Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan. Tujuan adalah untuk menyantuni para pegawai dan kakitangan JAS W.P. Labuan selain mengeratkan hubungan silaturahim serta membincangkan mengenai isu dan cabaran pengurusan alam sekitar terkini di sini. Pada sebelah petang, beliau telah meninjau beberapa lokasi penting iaitu Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik, Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah, Kawasan Perindustrian Rancha-Rancha dan Loji Incinerator Sisa Klinikal. Lawatan ke stesen ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kemudahan pemantauan dan pengurusan sisa buangan terjadual, memastikan pematuhan piawaian alam sekitar, serta memperkukuh tindakan penguatkuasaan di lapangan. Adalah diharapkan hubungan kerjasama erat antara pengurusan tertinggi JAS dan seluruh warga kerja JAS W.P. Labuan dapat diperkukuh dan meningkatkan keberkesanan pengurusan alam sekitar setempat dan segala isu dan cabaran di lapangan sekiranya ada dapat ditangani dengan lebih efektif dan tuntas melalui sokongan strategik daripada pihak ibu pejabat JAS. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Ogos_2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan