Penerangan
28 Julai - 1 Ogos 2025, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Lembangan Bil. 4/2025 bagi kawasan seliaan masing-masing bagi premis yang beroperasi di seluruh Johor.
Ops Lembangan ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009. Selain itu, pematuhan kepada PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 juga disemak.
Sebanyak 12 buah premis disyorkan tawaran sebanyak 62 kompaun bagi pelbagai kesalahan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan 23 premis dikenakan tindakan Notis Arahan dibawah Seksyen 31 dan 37, AKAS 1974. Lima (5) buah premis juga telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) atas kesalahan serius berkaitan alam sekitar.