PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

KILANG BIODIESEL DIKENAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN SERTA MERTA

nasir.ibrahim 21/08/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KILANG BIODIESEL DIKENAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN SERTA MERTA
Tahun
2025
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
PASIR GUDANG

Penerangan

TANJUNG LANGSAT, 12 Ogos 2025: Sebuah premis pemprosesan biodiesel telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pasir Gudang kerana berlaku pelepasan efluen tidak terawat ke Sungai Daeng. Hasil siasatan mendapati sistem pengolahan efluen perindustrian tidak berfungsi dengan baik dan premis gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Tindakan POK diambil bagi menghentikan pencemaran daripada terus berlaku dan premis diarahkan untuk mengambil tindakan pembaikan dalam tempoh POK tersebut. Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan