Penerangan
13 OGOS 2025, PONTIAN, JOHOR - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah membuat siasatan aduan pelepasan efluen yang berpunca daripada proses pengeluaran premis ketika siasatan waktu malam.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas pemprosesan ikan surime di bawah Seksyen 38(1)(a) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil dan sistem pengolahan efluen perindustrian yang didapati tidak beroperasi dengan baik.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.