Penerangan
25 JULAI 2025, KULAI, JOHOR - Pasukan penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Barat) telah membuat siasatan aduan pelepasan efluen yang berpunca daripada proses pengeluaran premis dalam Ops Bersepadu bersama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) iaitu Jabatan Kesihatan Awam dan Jabatan Penguatkuasa.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) ke atas basuhan kitar semula kertas di bawah Seksyen 38(1)(a) di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diambil.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.