PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Penguatkuasaan

SIASATAN KES ADUAN TUMPAHAN MINYAK DI JETI MARINA, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

shayuti 21/08/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN KES ADUAN TUMPAHAN MINYAK DI JETI MARINA, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Tahun
2025
Lokasi
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Penerangan

14 OGOS 2025, WP Labuan – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah menerima aduan berhubung kejadian tumpahan sisa minyak di kawasan Jeti Marina, W.P. Labuan pada 14 Ogos 2025, jam 12.45 tengahari. Hasil siasatan oleh pasukan penguatkuasa JASWPL yang dijalankan pada hari yang sama jam 2.30 petang mendapati terdapat tompokan sisa minyak dianggarkan berjumlah 500 hingga 1,000 liter yang terkumpul di bahagian tepi jeti serta melekat pada bot-Sampel sisa minyak telah diambil untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia Malaysia. Notis Arahan telah dikeluarkan untuk tindakan pembersihan dengan serta-merta kepada pengendali jeti dan kerja-kerja pembersihan dijalankan oleh Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG). JASWPL telah mendapat kerjasama yang jitu dengan Jabatan Laut Malaysia, Perbadanan Labuan serta Lembaga Pelabuhan Labuan dalam siasatan kes ini. Adalah diingatkan bahawa pelepasan apa-apa minyak tanpa lesen ke dalam perairan Malaysia adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab. JASWPL sentiasa komited melaksanakan pemantauan serta penguatkuasaan bagi mengawal pencemaran marin di W.P. Labuan. Orang ramai diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui saluran berikut: ?? Talian Bebas 087-408772 ?? Hotline 010-2708772 ?? Portal Aduan: https://eaduan.doe.gov.my #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Ogos_2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan