Penerangan
PROGRAM LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH ALAM SEKITAR KE SILICON ISLAND DEVELOPEMENT
15 OGOS 2025
Hari ini satu sesi lawatan kerja oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar, Dato’ Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dengan diiringi oleh Ts. Azman Shah bin Ismail, Timbalan Pengarah JAS Pulau Pinang, Ts. Dr. Abdul Rahman bin Mahmud, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) dan penguatkuasa dari Unit Penguatkuasaan EIA ke projek penambakan Silicon Island Development.
Lawatan ini diadakan adalah untuk meninjau status operasi projek EIA bagi aktiviti penambakan ‘The Proposed Reclamation &Dredging Works of Penang South Reclamation (PSR) Penang’. Selain itu, lawatan ini juga bagi mendapatkan maklumat mengenai isu-isu berbangkit yang dihadapi bagi projek ini.
#nres
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasppogos2025