PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN SECARA BERSEPADU BERSAMA AGENSI BERKAITAN ADUAN KUMBAHAN

hashikin 21/08/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN SECARA BERSEPADU BERSAMA AGENSI BERKAITAN ADUAN KUMBAHAN
Tahun
2025
Organisasi
JAS Pulau Pinang
Lokasi
Seberang Perai, Pulau Pinang

Penerangan

PEMERIKSAAN SECARA BERSEPADU BERSAMA AGENSI BERKAITAN ADUAN KUMBAHAN 13 Ogos 2025, Seberang Perai - Satu sesi pemeriksaan tapak bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Wilayah Utara, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Indah Water Konsortium (IWK), Lestari Duta Sdn. Bhd. dan Bertam Properties Sdn Bhd telah dilaksanakan bagi mengenalpasti punca berkaitan isu efluen kumbahan terawat yang masuk ke dalam kolam tadahan banjir di kawasan perumahan di Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang. Lawatan ini adalah kesinambungan hasil daripada Mesyuarat Triparte antara JAS, SPAN dan IWK Peringkat Negeri Pulau Pinang Bil.1/2025 tempoh lalu.Pendekatan secara bersepadu menangani aduan awam merupakan strategi yang berkesan dalam membantu menyelesaikan permasalahan mengikut bidang kuasa agensi masing-masing. Melalui perbincangan bersama, pihak berkaitan telah mengambil maklum perkara ini dan tindakan pembaikan akan dilaksanakan bagi memulihkan sistem saliran dan perparitan sedia ada bagi mengawal pencemaran ini daripada berterusan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaspulaupinang #alamsekitartanggungjawabbersama #jasppogos2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan