Penerangan
MESYUARAT KICK-OFF PELAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) 2025
12 JUN 2025, MELAKA – Satu mesyuarat (kick-off) Program Sekolah Angkat Madani (SAM) 2025 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak (STAR), Melaka. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ybrs. Haji Shafe’ee Bin Yasin, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya, Malaysia (Bahagian Pembangunan). Turut hadir didalam mesyuarat ini ialah Ybrs. Tuan Rosli Bin Mustafa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Melaka, pegawai-pegawai dari JPN Negeri Melaka, PPD Melaka Tengah, Ibu Pejabat, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya, Jabatan Alam Sekitar Melaka dan warga Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak (STAR).
Mesyuarat telah membincangkan cadangan aktiviti serta program yang bakal dilaksanakan oleh pihak sekolah, peranan dan tanggungjawab pihak sekolah dan Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pendidikan (KPM) dengan pemantauan dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM). Peruntukan sebanyak RM20 juta dibawah program ini di seluruh Malaysia dengan had maksimum peruntukan RM 100,000 untuk setiap sekolah yang terpilih. Program turut diterajui oleh semua Ketua Setiausaha, Ketua Perkhidmatan, Ketua Pengarah, Universiti Awam dan terbuka kepada Badan Berkanun Persekutuan. Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak (STAR) juga merupakan juara pertandingan peringkat negeri Melaka, Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2024.
#JabatanAlamSekitar
#JasMelaka
#alamsekitartanggungjawabbersama
#KementerianSumberAsliDanKelestarian