PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL (NFCC) KE JABATAN ALAM SEKITAR

rashidb 21/08/2025 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL (NFCC) KE JABATAN ALAM SEKITAR
Tahun
2025
Organisasi
PEJABAT PENGARAH ALAM SEKITAR
Lokasi
BILIK MESYUARAT, IBU PEJABAT JAS

Penerangan

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL (NFCC) KE JABATAN ALAM SEKITAR 5 OGOS 2025 Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), bersama delegasi pada hari ini. Kunjungan ini membuka ruang kerjasama strategik antara JAS dan NFCC khususnya dalam pengurusan aset sitaan, pelupusan e-waste, operasi bersepadu, serta analisis profiling kes jenayah alam sekitar. NFCC turut menyatakan hasrat untuk menempatkan pegawai JAS di NFCC serta mencadangkan latihan bersama melibatkan aspek forensik kewangan dan penyiasatan berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001(AMLA) bagi mencegah dan membanteras jenayah alam sekitar. Kehadiran Ketua Pengarah NFCC telah disambut dan diraikan oleh YBhg. Dato' Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah JAS yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Dr. Norhazni binti Mat Sari dan Pengarah-Pengarah Bahagian JAS Ibu Pejabat. JAS amat mengalu-alukan kerjasama ini sebagai usaha memperkukuh tindakan membanteras jenayah alam sekitar secara lebih bersepadu dan berkesan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan