Penerangan
12 Ogos 2025, Melaka – Lawatan pemantauan Projek Sekolah Angkat Madani (SAM) di SK Kampung Tun Razak, Melaka telah dilaksanakan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dari Ibu Pejabat. Sekolah ini telah terpilih sebagai Sekolah Angkat Madani bagi tahun 2025 di bawah inisiatif Belanjawan 2025 oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui JAS. Pendekatan whole of goverment ini telah diperluaskan melalui pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI agar dapat memanfaatkan warga sekolah dan meningkatkan kualiti penyampaian kerajaan.
Melalui projek ini, peruntukan sebanyak RM100,000.00 telah diluluskan bagi melaksanakan dua inisiatif utama iaitu pembinaan Rumah Hijau (sayuran) dan sistem Akuaponik (ikan keli) serta Pendigitalan Pusat Sumber Sekolah.
Pemilihan SK Kampung Tun Razak dibuat berdasarkan komitmen tinggi pihak sekolah dalam menggerakkan aktiviti dan amalan kelestarian secara berterusan, serta penglibatan aktif warga sekolah dan komuniti menerusi Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS).
#SLAAS
#SAM2025