PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

BENGKEL PROMOSI PROGRAM DAN LIBAT URUS SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) 2025/2026 DI LEXIS PORT DICKSON

kaswaze 21/08/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PROMOSI PROGRAM DAN LIBAT URUS SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) 2025/2026 DI LEXIS PORT DICKSON
Tahun
2025
Organisasi
BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK
Lokasi
LEXIS PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Diskripsi
BENGKEL PROMOSI DAN LIBAT URUS SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) BERSAMA JAS NEGERI, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) SESI 2025/2026 14-15 Julai 2025 Port Dickson– Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) yang telah berlangsung sejak tahun 2005 kini memasuki dekad kedua pelaksanaannya. Penyertaan bagi program SLAAS sesi 2025/2026 telah dibuka pada 22 April 2025 lalu dan akan ditutup pada 28 April 2026. Bengkel Promosi dan Libat Urus SLAAS Sesi 2025/2026 telah dianjurkan oleh JAS sebagai platform strategik untuk memperluas hebahan dan meningkatkan kefahaman warga pendidikan terhadap matlamat serta pelaksanaan Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar ke seluruh negara. Bengkel ini telah berjaya menghimpunkan lebih 80 pegawai dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI UKM), JPN, PPD dari seluruh negara serta sekolah berhampiran. Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik JAS, Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon telah merasmikan bengkel ini dan turut dihadiri oleh Pengarah JAS Negeri Sembilan, Encik Abdul Aziz bin Parmin. SLAAS merupakan platform pengiktirafan kepada sekolah yang berjaya membudayakan amalan kelestarian alam sekitar secara menyeluruh melalui komponen pengurusan, kurikulum, kokurikulum, penghijauan dan elemen khas. Menariknya, kitaran kesepuluh ini menyaksikan pelaksanaan penuh secara digital melalui sistem MySLAAS, selaras dengan keperluan semasa dan memperkukuh kecekapan penilaian. Buat julung kalinya, Podcast: Hijau Dari Akar mengenai kisah kejayaan SK Bukit Mutiara, Johor iaitu penerima Anugerah Sekolah Lestari Peringkat Kebangsaan Sesi 2023/2024 dibawakan secara eksklusif dan disiarkan secara langsung melalui Facebook JAS. Saksikan rakaman siaran langsung kisah penuh inspirasi daripada warga SK Bukit Mutiara, Johor— sebuah sekolah yang telah membuktikan bahawa perubahan besar boleh bermula dari langkah kecil. Podcast ini boleh disaksikan di https://www.facebook.com/share/v/19H79DLCcs/?mibextid=wwXIfr. Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta atas komitmen berterusan dalam menjayakan agenda kelestarian alam sekitar. # KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #BahagianKomunikasiStrategik #AlamSekitarTanggungjawabBersama