PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

BENGKEL PERHUBUNGAN, PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM (CEPA)

rashidb 18/08/2025 5 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PERHUBUNGAN, PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM (CEPA)
Tahun
2025
Organisasi
KOMUNIKASI STRATEGIK
Lokasi
PD LEXIS HOTEL

Penerangan

7-18 JULAI 2025, PORT DICKSON – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menganjurkan Bengkel Penilaian dan Pemantapan Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) 2025 bertempat di Lexis, Port Dickson. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya. Bengkel CEPA 2025 telah dihadiri oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan program CEPA di peringkat JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri. Pengisian sepanjang bengkel kali ini meliputi pelaporan pencapaian aktiviti CEPA tahun 2024, pencapaian semasa bagi tahun 2025 serta membincangkan isu-isu dan cadangan pemantapan pelaksanaan program kesedaran alam sekitar di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan