Penerangan
Melaka, 11 Ogos 2025 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka telah mengadakan sesi kunjungan hormat dan perbincangan bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah Jasin pada 8 Ogos 2025 yang lalu bagi memperkukuhkan kerjasama dalam melestarikan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah.
Sesi ini memberi tumpuan kepada usaha mempromosikan Program Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) di negeri ini sebagai platform pendidikan dan penglibatan murid secara aktif dalam pemeliharaan alam sekitar.
JAS Negeri Melaka amat menghargai komitmen berterusan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Jasin dalam menjayakan agenda kelestarian alam sekitar melalui pendidikan dan kesedaran awam.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama