PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Mesyuarat,Program Kesedaran

KUNJUNGAN HORMAT JAS NEGERI MELAKA KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

nursyuhada 14/08/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT JAS NEGERI MELAKA KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
Tahun
2025
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA

Penerangan

Melaka, 7 Ogos 2025 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka telah mengadakan sesi kunjungan hormat dan perbincangan bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka bagi memperkukuhkan kerjasama dalam melestarikan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah. Sesi ini memberi tumpuan kepada usaha mempromosikan Program Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) di negeri ini sebagai platform pendidikan dan penglibatan murid secara aktif dalam pemeliharaan alam sekitar. Turut dibincangkan adalah cadangan pelaksanaan aktiviti-aktiviti berunsurkan alam sekitar seperti: - Program pengumpulan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) di sekolah - Pertandingan dan kuiz alam sekitar - Penglibatan sekolah dalam sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2025 JAS Negeri Melaka amat menghargai komitmen berterusan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dalam menjayakan agenda kelestarian alam sekitar melalui pendidikan dan kesedaran awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan