PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

MAJLIS PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM BERSAMA YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR DAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SERTA KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025

normuhamad 14/08/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM BERSAMA YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR DAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SERTA KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2025
Tahun
2025
Organisasi
SUK SELANGOR
Lokasi
SHAH ALAM

Penerangan

4 Ogos 2025, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor yang diketuai oleh YBrs. Tn Hj. Wandi Yadzid Bin Yaakob, Pengarah, JAS Negeri Selangor diiringi oleh pegawai-pegawai JAS Negeri Selangor telah menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Bersama YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor di Auditorium Jubli Perak Sultan Abdul Aziz. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor semasa ucapannya telah mengingatkan semua kakitangan awam di Negeri Selangor untuk mendokong pelaksanaan Reformasi Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus Negeri Selangor (RSTU) melalui lapan fokus strategik iaitu tadbir urus dan integriti, reformasi aduan, pemecahan budaya silo, modal insan berdaya, pemerkasaan akar umbi, pengukuran dan pemantauan program serta penilaian berasaskan hasil. Objektif RSTU ini adalah sebagai pemacu utama kepada pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri dan penyelarasan dasar Kerajaan Persekutuan melalui pembaharuan sistem penyampaian dan tadbir urus yang cekap, telus dan berimpak. Semoga pelaksanaan reformasi ini dapat meningkatkan pencapaian penyampaian dan tadbir urus secara keseluruhan di Negeri Selangor.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan