PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2025 OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR ANJURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)

normuhamad 14/08/2025 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2025 OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR ANJURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)
Tahun
2025
Organisasi
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)
Lokasi
SHAH ALAM

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput untuk menyertai pameran kesedaran alam sekitar sempena Program Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Selangor yang dianjurkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bertempat di Tasik Shah Alam. Sambutan Hari Air Sedunia tersebut telah disempurnakan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan turut dihadir oleh YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN), Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor. Selain pameran, JAS Selangor juga turut menyediakan kemudahan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian kepada pengunjung yang hadir. Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan inisiatif JAS dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar terus komited untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan serta dan swasta dalam menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat sebagai salah satu usaha untuk memastikan alam sekitar kekal terpelihara.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan