PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

BENGKEL PENGURUSAN TATATERTIB PEGAWAI AWAM DAN TAKLIMAT BAHAYA PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA PENJAWAT AWAM DI JABATAN ALAM SEKITAR W.P. LABUAN TAHUN 2025.

shayuti 08/08/2025 6 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PENGURUSAN TATATERTIB PEGAWAI AWAM DAN TAKLIMAT BAHAYA PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA PENJAWAT AWAM DI JABATAN ALAM SEKITAR W.P. LABUAN TAHUN 2025.
Tahun
2025

Penerangan

5-6 Ogos 2025 - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah melaksanakan dua program utama yang memberi fokus kepada pemantapan etika kerja dan tanggungjawab perkhidmatan. Program pertama ialah Bengkel Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam, yang telah diadakan pada 5 hingga 6 Ogos 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat JASWPL. Bengkel ini bertujuan memberi kefahaman mendalam mengenai proses dan peraturan tatatertib dalam perkhidmatan awam, termasuk peranan pegawai penyiasat, dokumentasi kes, dan keperluan mematuhi prinsip keadilan dalam tindakan yang diambil. Penganjuran bengkel ini dilihat sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh kecekapan dalaman jabatan khususnya yang melibatkan pengurusan isu tatatertib. Selain itu, JASWPL turut melaksanakan Taklimat Integriti dan Bahaya Penyalahgunaan Dadah kepada Penjawat Awam. Program ini bertujuan menanam kesedaran terhadap ancaman penyalahgunaan dadah dalam kalangan penjawat awam serta mendokong usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, bebas penyalahgunaan dadah dan berintegriti tinggi. Kedua-dua program ini membuktikan komitmen JASWPL dalam memastikan aspek tatakelola, disiplin dan integriti sentiasa diberi keutamaan. Langkah proaktif ini selaras dengan hasrat murni kerajaan untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang profesional dan berkualiti tinggi. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Ogos_2025

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan