PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

BENGKEL THINK TANK GROUP PENYELARASAN ISU-ISU BERKAITAN KILANG MINYAK KELAPA SAWIT MENTAH DAN KILANG GETAH ASLI MENTAH, PINDAAN PERATURAN SERTA GARIS PANDUAN BERKAITAN PADA 29 JULAI 2025 DI MARINA PUTRAJAYA

tj 08/08/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL THINK TANK GROUP PENYELARASAN ISU-ISU BERKAITAN KILANG MINYAK KELAPA SAWIT MENTAH DAN KILANG GETAH ASLI MENTAH, PINDAAN PERATURAN SERTA GARIS PANDUAN BERKAITAN PADA 29 JULAI 2025 DI MARINA PUTRAJAYA
Tahun
2025
Organisasi
Seksyen Audit Penguatkuasaan dan Kawal Selia Kilang Kelapa Sawit dan Kilang Getah, Bahagian Penguatkuasa
Lokasi
Marina Putrajaya
Diskripsi
Tarikh: 29 Julai 2025 (Selasa) Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang Tempat: Marina Putrajaya Anjuran: Seksyen Audit Penguatkuasaan dan Kawal Selia Kilang Kelapa Sawit dan Kilang Getah, Bahagian Penguatkuasa Kehadiran JAS Sabah: PP(K) FM Ringkasan Laporan Bengkel: 1)Bengkel ini diadakan bagi menyelaraskan dan membincangkan isu-isu berkaitan kilang minyak kelapa sawit mentah dan kilang getah asli mentah, pindaan peraturan dan serta garis panduan berkaitan. 2)Ahli think tank telah dibahagikan kepada 5 kumpulan bagi membincangkan lima (5) perkara yang ditetapkan iaitu: 1.Kumpulan 1 - Pindaan PPKAS (PYDT)(MKSM) 20XX 2.Kumpulan 2 - Garis Panduan Pengurusan Tandan Kosong 3.Kumpulan 3 - Garis Panduan Desludging 4.Kumpulan 4 - Permohonan Pemindahan POME 5.Kumpulan 5 - Panduan Tindakan Penguatkuasaan Pematuhan terhadap BOD3 20ppm 3)Wakil JAS Sabah telah memberi input berkaitan garis panduan desludging terutama berkaitan dengan aktiviti pengambilan sludge oil di kilang kelapa sawit yang juga dianggap sebagai aktiviti penyingkiran enap cemar daripada kolam-kolam pengolahan efluen yang mana Sabah satu-satunya negeri yang memproses PB Desludging bagi aktiviti ini. 4)Selain itu, wakil JAS Sabah juga turut memberi input bagi membangunkan panduan tindakan penguatkuasaan pematuhan bagi kilang kelapa sawit yang disyaratkan BOD3 yang lebih ketat daripada had yang ditetapkdan di bawah peraturan (50 mg/L dan 20 mg/L) yang dikuatkuasakan di Negeri Sabah, Sarawak dan Johor. 5)Dijangkakan Arahan Pejabat berkaitan garis panduan desludging, pengurusan tandan kosong, permohonan pindaan POME dan penetapan tindakan penguatkuasaan akan dikeluarkan sebelum berakhir tahun ini dan mula diguna pakai dalam syarat lesen tahun hadapan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan