PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

CERAMAH KESEDARAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR DI STESEN JANAKUASA TUANKU JAAFAR, PORT DICKSON

nisah 07/08/2025 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH KESEDARAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR DI STESEN JANAKUASA TUANKU JAAFAR, PORT DICKSON
Tahun
2025
Organisasi
STESEN JANAKUASA TUANKU JAAFAR
Lokasi
PORT DICKSON

Penerangan

05 Ogos 2025, Port Dickson – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah dijemput hadir oleh Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar (SJTJ), Port Dickson untuk memberikan ceramah berkaitan kesedaran melestarikan alam sekitar dengan mengurangkan penghasilan Karbon dan kepentingan mengitar semula e-waste di premis-premis yang dilesenkan. Para peserta diberikan pendedahan ke atas kesedaran melestarikan alam sekitar merujuk kepada kefahaman, tanggungjawab dan tindakan masyarakat dalam memelihara dan memulihara alam semula jadi untuk kelangsungan hidup generasi kini dan akan datang. Alam sekitar merangkumi segala yang berada di sekeliling kita seperti udara, air, tanah, tumbuhan, haiwan dan ekosistem. Menyedari kepentingan menjaga alam sekitar adalah langkah pertama dalam memastikan keseimbangan ekologi dan kesejahteraan hidup manusia.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan