Penerangan
01 Ogos 2025, Port Dickson – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) menjalankan siasatan ke atas Notification Pollution Event (NPE) 2 ke atas stesen pengawasan manual MMNE001 di Kuala Sungai Linggi yang telah diterima oleh Jabatan ini berikutan kandungan parameter di dalam air marin yang melebihi had kepekatan yang telah ditetapkan. Siasatan dijalankan ke atas stesen pengawasan manual air marin seterusnya ke up-stream stesen tersebut untuk mengesan punca pencemaran.
Pengukuran kualiti air secara in-situ dijalankan dengan menggunakan YSI multiparameter dan juga dijalankan visual observation ke atas air di persekitaran stesen pengawasan manual tersebut. Hasil daripada siasatan yang dijalankan, terdapat satu (1) premis yang disyaki menyebabkan pencemaran tersebut. Namun yang demikian, tindakan penguatkuasaan ke atas premis tersebut adalah diluar bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar. Sehubungan dengan itu, pemakluman secara bersurat dikemukakan kepada agensi yang berkaitan untuk dijalankan tindakan penguatkuasaan ke atas premis tersebut.