Penerangan
Pada 28 Julai 2025 di Tanjung Pengelih, Johor Seksyen Kawalselia Konsesi dan Program Pengawasan, Bahagian Udara, JAS dengan kerjasama Bahagian Air dan Marin serta JAS Negeri Johor telah menjalankan pengauditan dan penggantian peralatan baharu pengawasan kualiti air marin automatik, manual dan peralatan pengawasan Selat Johor di Stesen CM05J, Jeti Jabatan Laut Malaysia, Tanjung Pengelih, Johor.