PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Pengawasan

LAWATAN TEKNIKAL BAGI PEGAWAI LANTIKAN BAHARU JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) KE PUSAT DATA ALAM SEKITAR (EDC) JAS IBU PEJABAT.

sofea 07/08/2025 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TEKNIKAL BAGI PEGAWAI LANTIKAN BAHARU JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) KE PUSAT DATA ALAM SEKITAR (EDC) JAS IBU PEJABAT.
Tahun
2025
Organisasi
BAHAGIAN UDARA
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

Pada 17 Julai 2025, satu lawatan teknikal telah dilaksanakan melibatkan pegawai lantikan baharu Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke Pusat Data Alam Sekitar (EDC) di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP). Program ini merupakan kerjasama antara JAS dan EiMAS, selaku institusi latihan utama dalam pembangunan kapasiti pegawai alam sekitar negara. Para peserta terdiri daripada Pegawai Kawalan Alam Sekitar lantikan baharu yang sedang menjalani Kursus Asas Pegawai Baharu JAS (Kumpulan Pengurusan dan Profesional). Mereka telah diberi pendedahan secara langsung mengenai pengurusan data alam sekitar secara berpusat, masa nyata dan integrasi teknologi dalam pemantauan di mana pegawai diberi taklimat oleh Seksyen Kawal Selia Konsesi dan Program Pengawasan, Bahagian Udara, JAS. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memperkukuh pemahaman teknikal dan analitikal pegawai baharu terhadap pelaksanaan pemantauan kualiti udara dan air, serta menyediakan asas kukuh bagi pelaksanaan tugasan di peringkat negeri.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan