Penerangan
Pada 17 Julai 2025, satu lawatan teknikal telah dilaksanakan melibatkan pegawai lantikan baharu Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke stesen pengawasan automatik di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP). Program ini merupakan kerjasama antara JAS dan EiMAS, selaku institusi latihan utama dalam pembangunan kapasiti pegawai alam sekitar negara.
Para peserta terdiri daripada Pegawai Kawalan Alam Sekitar lantikan baharu yang sedang menjalani Kursus Asas Pegawai Baharu JAS (Kumpulan Pengurusan dan Profesional). Mereka telah diberi pendedahan secara langsung kepada fungsi dan operasi stesen di bawah EQMP iaitu Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik Putrajaya (CA17W).