PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PROGRAM DAYA TAHAN KOMUNITI KAMPUNG PASIR BARU (UCRP)

Arwan 06/08/2025 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM DAYA TAHAN KOMUNITI KAMPUNG PASIR BARU (UCRP)
Tahun
2025
Organisasi
Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL
Lokasi
Kampung Pasir Baru, Kuala Lumpur

Penerangan

02 OGOS 2025, WP KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah dijemput oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL untuk menyertai serta menjayakan Program Daya Tahan Komuniti Kampung Pasir Baru (UCRP) yang telah berlangsung di Kampung Pasir Baru, Kuala Lumpur. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Badrul Hisham bin Haji Baharuddin, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sepanjang program berlangsung, JAS WPKL telah mengadakan pameran kesedaran alam sekitar serta aktiviti pengumpulan sisa elektrik dan elektronik (e-waste), sebagai usaha untuk mendidik komuniti setempat mengenai kepentingan amalan kitar semula dan pengurusan buangan yang bertanggungjawab. Penyertaan aktif pelbagai agensi dan NGO, beserta sambutan yang menggalakkan daripada komuniti Kampung Pasir Baru, jelas menunjukkan komitmen bersama dalam memperkukuh daya tahan komuniti bandar terhadap perubahan iklim. #NRES #JabatanAlamSekitar #JASWPKL #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan