Penerangan
PROGRAM BIODIVERSITY DI TAMAN RIMBA TELUK BAHANG SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025
TELUK BAHANG, 26 JULAI 2025: Program Biodiversity bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 anjuran KAO Penang Group, IOI Oleochemical Penang dan Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara dengan kerjasama JAS Pulau Pinang, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang telah diadakan di Taman Rimba Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Mr. Kiyotaka Nakai, Managing Director of Kao Penang Group, Mr. David Koo Ping Wui, Director IOI Oleochemical Division dan Ts. Azman Shah bin Ismail, Timbalan Pengarah JAS Pulau Pinang.
Pelbagai aktiviti diadakan melibatkan penyertaan seramai 200 orang peserta antaranya penanaman pokok merbau, pelepasan anak ikan, taklimat dan kuiz berkaitan kualiti air sungai oleh JAS Pulau Pinang, melawat muzium perhutanan dan aktiviti mendaki bukit.
Semoga program kesedaran ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar di negeri ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaspulaupinang
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasppjulai2025