Penerangan
4 Ogos 2025, MELAKA - Satu temubual JAS Melaka bersama Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka mengenai penyelidikan beliau dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar yang berkaitan dengan pencemaran air (phosphorus) telah diadakan pada 31 Julai 2025 yang lalu bertempat di Perpustakaan JAS Melaka.
Perjumpaan bersama pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka ini diadakan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan isu pencemaran air di negeri Melaka. Maklumat yang diperoleh amat penting bagi menyokong dapatan serta analisis dalam kajian beliau, khususnya berkaitan sumber pencemaran, statistik semasa, dan langkah pengawalan yang sedang diambil oleh pihak tuan.